dhia's blog

Most recent posts Most popular posts
Send to friends  Add to my favorite blogs  Bookmark and Share

Selawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W

21-Apr-07
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!



Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"



Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."



Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu

Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan

mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulul lah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu: "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. " Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.



Posted on 21-APR-07
Salam sis nora, lama tak dengar khabar berita - sihat ??



Tentang post diatas - thanks for the reminder



Wassalam


Posted on 28-APR-07
Salam Bro Azral

ader. cumer x brksempatan tuk on9 coz bzy dgn keje harian.

hhhhmmm alhamdulillah!



u r welcome Bro. tQ


Posted on 28-APR-07
Salam sis Nora,

Ya, selawat ke atas nabi muhammad s.a.w..

mula-mula memang Alya sendiri tak faham apa maksud selawat tu sebab ya laa, orang selalu suruh selawat tapi tak nyatakan bagaimana bentuk selawat itu kepada kita yang baru mengenal Islam. Boleh terangkan lebih detail bagaimana berselawat ke atas nabi kita?

Hmm.. bro fay kirim salam kepada semua warga muslimsocial.. sibuk tauke pisang kita tu.. kebetulan juga Alya terima ym dari dia sebab online waktu yang sama.

Wassalam



Posted on 29-APR-07
assalamualaikum adik Dhia

Bagus post di atas. Walau ia perkara biasa... tapi sebab biasa ia jadi tak kisah... seterusnya tak diamalkan sebagai pakaian harian. Marilah kita sama-sama jadikan ia sebagai pakaian harian kita.. InsyaAllah kita juga mengharapkan syafaat Rasulullah SAW juga nanti...



Sekarang ni sibuk sangat... cuma dapat cari-cari sikit masa untuk ke sini baca blok kawan-kawan... rindu pada semua...


Posted on 12-MAY-07
SiS Alya & Bro Rafas

tQ for the comment.

& Waalaikummusalam (jwb salam Bro Fay) hhmm bule la add kiter dlm YM

*nora_pag1071*

Sentiasa mnDOAkan tuk rakan2 agar brada dlm kbrkatan & prlindungan-Nya.

Semoga kalian suksess dlm kerjaya & brada dlm kandungan sihat walafiat brsama Keluarga trcinta.

Wassalam


Posted on 13-MAY-07
waalaikumusalam buat sis dhia yg senantiasa didlm ingatan. diharapkan saudari di dlm keadaan sehat senantiasa adanya. Tuan hamba disini macam biasa cuma kulit bertambah gelap kerna berdiri ditengah panas menjalankan 'duti' kehidupan. Dear sis, hope u r in the well..kekeke

Disclaimer: The opinions expressed by MuslimSocial.com's members are entirely their own, and do not necessarily reflect the views of MuslimSocial.com itself.
Privacy | Partners | Help | About Us | Contact Us
© MuslimSocial.com 2005 — 2014. All rights reserved.