alyafarihah's blog

Most recent posts Most popular posts
Send to friends  Add to my favorite blogs  Bookmark and Share

Terkena Buatan Orang

03-Mar-07
Kata abang teksi, dia terkena buatan orang. Bukan calang-calang orang tetapi orang yang pernah berkongsi hidup dengannya sehingga melahirkan anak dua orang.



Alya tergamam mendengar kisah hidupnya. Entah mengapa, bila naik teksi orang, akan ada kisah baru yang Alya dengar walaupun baru beberapa minit berkenalan. Mungkin sebab Alya jenis peramah dan rajin menggalakkan orang berbicara.



Kisah abang teksi memang menyedihkan. Dia bercerai dengan bekas isterinya kerana sudah tidak sehaluan. Masing-masing belum bertemu jodoh baru.



Entah mengapa katanya, sejak seminggu yang lalu, badan seperti kurang sihat. Ubat doktor tidak berjaya menangani masalah yang dihadapi. Akhirnya dia pergi berubat dengan bapa angkatnya yang terkenal di Penang sebagai pengubat buatan sihir. Alangkah terkejutnya dia bila bapanya itu memberitahu bahawa dia sudah terkena santau kerana enggan melayan tuntutan melampau bekas isterinya itu.



Kata abang teksi, bekas isterinya telah berjumpa bomoh siam dan membuat patung mayat menggunakan bajunya yang ditinggalkan di rumah lama. Memang dia sendiri mengaku selama seminggu itu badannya sakit-sakit seolah-oleh dicucuk jarum. Mujur dia bertindak segera dengan berjumpa bapa angkatnya yang mahir dalam bidang perubatan tradisional. Sekiranya dia lewat atau lemah badan, mungkin dia sudah meninggal dunia atau sakit tenat. Untuk mengubati sakitnya itu, segala ilmu hitam yang diterimanya telah dikembalikan kepada orang yang membuatnya itu. Katanya lagi, dia terpaksa berpindah lagi untuk mengelakkan terkena lagi buatan daripada orang yang sama.



Alya sebagai warga Malaysia memang tidak terkejut dengan pendedahan abang teksi itu. Isu santau, ilmu hitam dan sebagainya sudah lama didengari. Tetapi yang menyedihkan sekarang Alya dengar perbuatan yang dilakukan oleh wanita yang kononnya seagama dengan kita semua. Sedih benar apabila seorang wanita yang mengaku beragama Islam sanggup bertindak demikian rupa untuk membalas dendam.



Ke mana perginya iman?

Ke mana perginya ketaqwaan kepada Allah swt?

Atau adakah hasutan iblis begitu kuat sehingga lupa akan balasan hari akhirat?

Atau adakah cinta akan dunia dan kemewahan menutupi pintu hati? Sehingga tidak takut akan api neraka?



Wanita.. lelaki.. Melayu.. orang yang sedia lahir sebagai orang Islam...

Alangkah hinanya mereka-mereka yang berbuat jahat begitu...

Mengapa oh mengapa?

Mengapa apabila bercinta dan bernikah semuanya indah sahaja, tetapi bila berpisah bercerai-berai, dendam kesumat saja yang berbara di hati?

Sehingga sanggup melanggar hukum agama, sehingga sanggup menyeksa manusia lain hingga hendak musuh itu mati?

atau datang merayu dan melutut di depan empunya diri?

ishhh teruknya apabila..

Penghuni-penghuni neraka bermaharajalela di dunia hari ini.



Posted on 03-MAR-07
Assalammualaikum sis alya.



Sihir atau ilmu hitam ni bukan terjadi di kalangan orang Melayu saja, tetapi semenjak zaman Rasullah s.a.w. dulu di mana baginda pun pernah terkena sihir. Cara-cara berkesan menghindarkan dari terkena ilmu sihir ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan ta'at kepada suruhannya, dari itu susah untuk syaitan laknatullah menghampiri kita dengan membawa sihirnya dan yang penting juga, berhati-hati memilih kawan. Bacalah tiap-tiap hari Surah al-Falaq dan sentiasa berzikir. Sebelum tidur baca Ayatul Kursi.



Sis alya menyatakan "Mengapa apabila bercinta dan bernikah semuanya indah sahaja, tetapi bila berpisah bercerai-berai, dendam kesumat saja yang berbara di hati?"



Biasalah sis (kecuali bagi orang yang betul-betul beriman dan sabar), bila dah tak suka, yang indah dan baik pun dikata dan dilihat buruk. Sebab itulah Aneesa yang telah telalu banyak melalui cubaan hidup yang perit ni lebih suka bersendiri dan tak banyak bercakap. Mudahan kurang dosa juga dan orang susah nak cari kesalahan kita dan nak cakap kita ni begitu begini, inshaAllah.





Posted on 04-MAR-07
Salam sis Alya,



Memang di zaman sekarang segelintir masyarakat masih lagi mengamalkan perkara-perkara kurafat ini, walaupun dikalangan orang Islam (tetapi apa kah boleh pertikaikan sama ada mereka itu nama saja Islam tetapi tidak mengikuti segala suruhan, larangan & perintah Allah, atau mereka jahil?)



Mengenai abang teksi yang terkena buatan orang dalam kisah diatas sesungguhnya dia patut bersabar & menerima ini sebagai suatu ujian baginya, mungkin ada hikmah seandainya orang yang mati oleh sebab buatan orang - mati syahid



Wallahualam



Kita yang masih bercampur gaul dengan masyarakat ni pun, mestilah berhati-hati, jangan sampai percakapan kita & perbuatan boleh membuat orang sakit hati dengan kita - dan cara mereka untuk menjerumuskan kita ialah dengan menggunakan ilmu syihir - nauzubillah !!



Oleh itu;



1) Sentiasa baca 3 Qul sebagai pendinding diri



2) Sentiasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran (Ayatul-Kursi) & ayat2 yang lain untuk membasmi jin-jin yang ada kat rumah kita atau yang ikut kita pabila pulang malam.



InsyaAllah kita jauh dari ganguan "uninvited guests" ya'ni makhluk halus & dari kalangan jin.



Actually, sijin & syaitan ni tak serik-serik - dah kena condemned pun masih nak kacau manusia yang beriman sampai kiamat pulak tu dorang bersumpah.



Fyi, mengikut cerita al-marhumah my late nenek (yang Chinese tu), my granddad pun kena santau dengan perempuan dari Sabah, sehingga membawa maut,

he passed away at age around early 40's. sebab menolak lamaran perempuan dari Sabah itu atas sebab my atuk sudah pun ada my nenek & berkeluarga (see honesty & faithful punya pasal sampai kena buatan orang)



My atuk was a merchant & very handsome, see my dad kat foto gambar lama in my profile, kan handsome, muka my atuk persis macam my dad , I pun kalah...ha ha ha



Tapi, ajal & maut semua ditangan Allah Yang Maha Berkuasa..



Entahlah... cerita lengandary keluarga kami.



Wallahualam










Disclaimer: The opinions expressed by MuslimSocial.com's members are entirely their own, and do not necessarily reflect the views of MuslimSocial.com itself.
Privacy | Partners | Help | About Us | Contact Us
© MuslimSocial.com 2005 — 2014. All rights reserved.