fayslayer's blog

Most recent posts Most popular posts
Send to friends  Add to my favorite blogs  Bookmark and Share

Resepi Char Kuey Teow

04-Dec-06
RESEPI CHAR KUEY TEOW (HALAL)

=============================

I dah buat dan memang sedap. Char maksudnya "Goreng". Boleh pakai mee juga.

Bihun tak berapa best.Masakan untuk seorang sahaja. Buat banyak-banyak tak sedap

untuk kekalkan kesedapan.

Bahan-bahan:

=========

1. Kueh Teow 1 bungkus (cukup untuk 5 org mkn) 80sen (SGD 0.35)

2. Bawang putih dipotong dadu/atau diblend (satu sudu besar)

3. Cili kering (di blend, satu sudu besar) atau cili boh pun boleh..

4. Udang basah (1 - 2 ekor)

5. Kerang (100 - 300 gram) direbus dahulu (optional)

6. Kicap manis (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

7. Kicap masin (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

8. Kicap pekat (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

9. Sos Nampla atau sos ikan/sotong (1/2 sudu besar atau 1.5 ml) - optional

10. Garam (1/5 sudu besar atau 1/2 sudu kecil)

11. Telor ayam (1 biji) - dipecah dan dikacau di dalam bekas kecil.

12. Taugeh (30 sen (SGD 0.10) sahaja tetapi pakai 1/5 bahagian sahaja)

13. Sayur Kuchai (optional) pakai sedikit sahaja

14. Minyak memasak sayuran (1-2 sudu besar)

15. Air (secawan)

16. Secubit belacan (shrimp paste)



Kaedah Memasak: (10-15 minit)

======================

1. Panaskan kuali dan letakkan minyak memasak. Gunakan api yang sederhana.

2. Masukkan bawang putih, cili yg di blend(kisar), dan udang basah.

3. Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos nampla serta belacan.

4. Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.

5. Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telor.

6. Kacaukan kuah itu tadi sehingga telor hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.

7. Masukkan garam, kueh teow (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.

8. Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.

9. That's all. Pasti nak buat lagi!

Jumlah Kalori: tak banyak macam satu lori..hehehehhe!

Khasiat: Protein ada, fibre ada, karbohidrat ada, kholesterol..sedikit jer. Lemak pun ada.

Pengumuman: Kurangkan garam jika nak sihat, tiada kencing manis.

Harga Jualan: RM3.00-RM3.50 (SGD 1.50 - SGD 2.00)



Posted on 04-DEC-06
mcm sedapppp jee........



Posted on 05-DEC-06
Ok, this weekend I nak try - sebanarnya I tak tahu masak - sekadar goreng telur & masak maggi ok lah (that's my specialty - untuk isteri & anak2) Kalau kerja mengemas I memang suka - mungkin ini sebagai perangsang try masak pulak !! Sedap tak sedap makan ajelah nanti


Posted on 05-DEC-06
InsyaAllah memang sedap jika niat dan hati kita nak makan dan memberi orang lain makan. Doalah semasa membersihkan makanan2 itu dengan berselawat 3 kali dan semasa memasak, kita ingatlah pada Tuhan dan jgn sesekali membazir. Masaklah dengan lemah lembut...


Posted on 06-DEC-06
Yummy...Char Kway Teow memang kegemaran saya! Tetapi tak pernah pun menggunakan belacan...mungkin tu yang buat ianya xtra special!


Posted on 06-DEC-06
Assalammualaikum..

WOw!!!

belajar msk lak bro Fay?

Favorite me & anak2. bule try nie..but belacan tu!!?

will cuba & try...he!hi!



all the best,bye



wassalam

nora/dhia





Posted on 07-DEC-06
bro fay..mana u dpt resipi tu? trial & error kah? hmm.. macam resipi har koew teow org cina jer, dgn kucai, taugeh & kerang..hehehe.. minus d "lemak ba-alif-ba-ya".. org cina kata nak sedap lagi ganti dgn telur itik, tau!!

ok, nk try gakk resipi bro fay tu,hehe..


Posted on 07-DEC-06
Hi, can you translate this into English, I know this is recipe post but I can't really understand it. I love cooking and I want to try something new, maybe this will taste good, I wanna try it. Thanks...


Posted on 07-DEC-06
Well..i'll try my dear...since some ingredients cant be found in ur area..maybe..


Posted on 07-DEC-06
Yes dear sis Alya..its the chinese char kuew teow receipe...hehehehe..

sedappp....try k! trial n error ..yes..

First    1  2   Next >>    Last
Disclaimer: The opinions expressed by MuslimSocial.com's members are entirely their own, and do not necessarily reflect the views of MuslimSocial.com itself.
Privacy | Partners | Help | About Us | Contact Us
© MuslimSocial.com 2005 — 2014. All rights reserved.